Album Kenangan Melayu Boleh

Monday, May 18, 2009













salam...
lama sy menyepi
menyepi bukan kerana tidak mahu menjayakan cabaran seo nie
tp sy sibuk untk melanjutkan pelajaran ke IIUM
so sibut sngat skrg
smpai nak on9 pom susah
anyway...semoga berjaya kepada sume yang menyertai cabaran Melayu Boleh ni...

melayu BOLEH .....

Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Melayu Boleh's Facebook profile

Tuesday, April 21, 2009

Huh..lepas saya tengok video nie..rupanya hebat juga anak-anak melayu kita nie.Di ubahnya lagu I`m Yours jadi versi melayu.Ini lah budak Melayu Boleh yg kita hendak.Boleh melakukan apa jua tidak kira apa bidang yang mereka ceburi.

Jadi apa tunggu lagi,layan video ini dan korang boleh try nyanyi kerana disini saya sertakan sekali dengan lirik lagunya.




Amri-I`m Yours-Versi Melayu Boleh

Kau tahu kau buat ku rasa begini
Jauh ku kembara tetapi ku ingin kembali
Biarpun berlabuh malam? tidak ku berhenti
Sebelum terlewat, ingin yang terbaik untukmu
Takkan siapa mampu menghalang azamku
Inilah masanya pelajari sesuatu

Takkan ku tunggu lagi
kini
aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau temu cinta
Dengarlah muzik ini lagu juga irama
Kita semua bersama
Punya hati jiwa untuk mahu dicinta cinta

Dan, Takkan ku sangsi
Aku pasti takkan tunggu lagi
Usah ragui masa lalu
Kini aku milik kamu

Dengar bisikan hatiku
Kau kan tahu cerita

Lama benar ku membelek diri di depan cermin
Berpusing menari pabila tiada sesiapa
Melihat rentakku sendiriku tertawa
Kini aku sedar tentang kehidupan ini
Tak perlu pura-pura, jadilah diri sendiri
Itulah diriku
Dan kamu pun tahu

Takkan ku tunggu lagi
kini
Aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau tahu luas dunia
Dengar dengar dengarlah
Ikutlah rentak kita
Inilah masa
untuk kamu percaya
cinta

*Lirik versi final dari Open Project : I’m Yours
*Lirik major dari Amri dan Pingu Toha
*Turut serta: Naz, Ads4Bucks, Kak Dijah, Zeah, Fariz, Awin & the aliens


Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Melayu Boleh's Facebook profile

Bila sebut sahaja P Ramlee,semua orang melayu bahkan rakyat Malaysia mengetahui siapa beliau. P Ramlee merupakan salah seorang Tokoh yang membawa nama melayu ke persada dunia seterusnya membuktikan Melayu Boleh dalam apa jua bidang.

P Ramlee merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dan merupakan hasil perkahwinan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim dengan Che Mah Hussein. Ayah beliau merupakan anak kelahiran Acheh manakala Ibu beliau ialah anak jati Pulau Pinang.

Kerjaya seni beliau bermula apabila menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore.Pada tahun 1947, beliau berjaya menjuari pertandingan nyayian anjuran Radio Pulau Pinang.

Chinta yang ditayangkan pada tahun 1948 merupakan filem pertama yang dibintangi oleh P Ramlee. Peranan beliau dalam filem itu ialah sebagai seorang penjahat dan penyanyi latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan.

Antara filem lakonan P Ramlee yang popular ialah:

Do Re Mi
Laksamana Do Re Mi
Nasib Do Re Mi
Seniman Bujang Lapok
Ali Baba Bujang Lapok
Bujang Lapok
Pendekar Bujang Lapok
Labu Labi

Sepanjang kerjayanya sebagai anak seni,beliau memperoleh pelbagai anugerah dalam pelbagai peringkat.Antara nya ialah:

Skor Muzik Terbaik-Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong
Pelakon Lelaki Terbaik-Festival Filem Asia ke-4 Tokyo
Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik"-Festival Filem Asia ke-4 Tokyo
Fotografi Hitam dan Putih Terbaik-Festival Filem Asia ke-10 Tokyo
"Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku-Festival Filem Dunia Paris
"Laksamana Do Re Mi" yang di tayangkan pada tahun 1972 dan lagu dan lirik "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 merupakan karya beliau yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.


Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Melayu Boleh's Facebook profile

Monday, April 20, 2009

Hari ini merupakan hari yang ke-5 saya melancarkan blog Melayu Boleh ini untuk tantapan umum.Pelbagai komen yang saya terima daripada para pelawat dengan kewujudan blog ini dan penganjuran Cabaran Seo-Melayu Boleh.

Ini adalah antara komen-komen mereka yang postkan di dalam blog ini.

Stakim
Good info,maklumat yang mcm nie la kita nk apabila type keyword Melayu Boleh dlm Google
blog mcm nie la yg bgus dprd kuar blog yg xsenonoh tu.


Ahfizfazi
sampai sekarang aku takut dan risau bila nak taip perkataan melayu kat search engine especially kalu kat cyber cafe. dulu masa naif dulu aku selalu terkena. bila bukak je link kebanyakan web, mesti kuar popup yg bukan2.. org seblah pandang slack je kat aku.. hampeh
anyway aku sokong perjuangan ko yg baik tu


Aina
teruskan perjuangan mu wahai kawanku
bersihkan nama bangsa Melayu kita
good luck


Sciencegto
Blog yang cantik..harap dapat menundukkan laman web tak senonoh kesemuanya ye..


kairole
permulaan yg baik, hehe.camni la baru dikatakan melayu yang betul berkebolehan hehee

Untuk melihat semua komen yang dipostkan sila klik sini

Itu adalah antara komen yang saya terima daripada blog Melayu Boleh.Saya harap komen itu adalah luahan yang ikhlas daripada korang semua..Anyway thank for all yg support saya untuk Cabaran Seo-Melayu Boleh ini.

Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Melayu Boleh's Facebook profile

Sunday, April 19, 2009

Kejayaan yang bangsa Melayu kita catatkan bukan sahaja di atas muka bumi bertuah ini sahaja,tetapi sehingga ke angkasa yang terbentang luas nun di sana.

Tanggal 10 oktober 2007,pukul 9.23 malam(waktu tempatan) Dr. Sheikh Muszaphar telah mencatat nama beliau sebagai angkasawan Malaysia pertama dan secara automatiknya menjadi anak Melayu pertama ke angkasa lepas.Kapal angkasa Soyuz yang berlepas di Baikonur Cosmodrome,Kazakhstan telah menjadi saksi bahawa Melayu Boleh walaupun di mana mereka berada.

Di sini serba sedikit diselitkan biodata ringkas Dr. Sheikh Muszaphar


Nama Penuh:Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustaph
Tarikh Lahir:27 Julai 1972
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Pengalaman Kerjaya:Doktor Perubatan di HUKM,Hospital Selayang,Hospital Kuala Lumpur,Hospital Seremban
Kelulusan:SPM-MRSM Muar,MBBS in KMC Manipal, India,Master in Orthopaedic Surgery in HUKM

Dr. Sheikh Muszaphar bersama 2 lagi krew Soyuz berlepas dari Cosmodrome,Kazakhstan ke ISS pada pukul 9.23 malam waktu tempatan.Krew-krew tersebut ialah Yuri Malenchenko, flight engineer and Soyuz commander; astronaut Peggy Whitson.

Dr. Sheikh Muszaphar pulang ke tanah air selepas 9 hari tinggal di ISS sambil menjalankan pelbagai uji kaji yang berkaitan dengan sains dan teknologi..inilah kita katakan Melayu Boleh yang sebenar

Antara Uji Kaji yang dilakukan di angkasa:

  1. Sains Kehidupan
  2. Sains Fizikal
  3. Teknologi Makanan
  4. Perubatan Angkasa


Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Melayu Boleh's Facebook profile