salam...
lama sy menyepi
menyepi bukan kerana tidak mahu menjayakan cabaran seo nie
tp sy sibuk untk melanjutkan pelajaran ke IIUM
so sibut sngat skrg
smpai nak on9 pom susah
anyway...semoga berjaya kepada sume yang menyertai cabaran Melayu Boleh ni...
melayu BOLEH .....
Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Monday, May 18, 2009
Lama Menyepi
Posted by
olskool3191
2:41 PM
Tuesday, April 21, 2009
Amri-I`m Yours-Versi Melayu Boleh
Posted by
olskool3191
10:25 PM
Huh..lepas saya tengok video nie..rupanya hebat juga anak-anak melayu kita nie.Di ubahnya lagu I`m Yours jadi versi melayu.Ini lah budak Melayu Boleh yg kita hendak.Boleh melakukan apa jua tidak kira apa bidang yang mereka ceburi.
Jadi apa tunggu lagi,layan video ini dan korang boleh try nyanyi kerana disini saya sertakan sekali dengan lirik lagunya.
Amri-I`m Yours-Versi Melayu Boleh
Kau tahu kau buat ku rasa begini
Jauh ku kembara tetapi ku ingin kembali
Biarpun berlabuh malam? tidak ku berhenti
Sebelum terlewat, ingin yang terbaik untukmu
Takkan siapa mampu menghalang azamku
Inilah masanya pelajari sesuatuTakkan ku tunggu lagi
kini
aku milik kamuBuka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau temu cinta
Dengarlah muzik ini lagu juga irama
Kita semua bersama
Punya hati jiwa untuk mahu dicinta cintaDan, Takkan ku sangsi
Aku pasti takkan tunggu lagi
Usah ragui masa lalu
Kini aku milik kamuDengar bisikan hatiku
Kau kan tahu ceritaLama benar ku membelek diri di depan cermin
Berpusing menari pabila tiada sesiapa
Melihat rentakku sendiriku tertawa
Kini aku sedar tentang kehidupan ini
Tak perlu pura-pura, jadilah diri sendiri
Itulah diriku
Dan kamu pun tahuTakkan ku tunggu lagi
kini
Aku milik kamuBuka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau tahu luas dunia
Dengar dengar dengarlah
Ikutlah rentak kita
Inilah masa
untuk kamu percaya
cinta*Lirik versi final dari Open Project : I’m Yours
*Lirik major dari Amri dan Pingu Toha
*Turut serta: Naz, Ads4Bucks, Kak Dijah, Zeah, Fariz, Awin & the aliens
Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
P. Ramlee- Seniman Agung Sepanjang Zaman
Posted by
olskool3191
5:59 PM
Bila sebut sahaja P Ramlee,semua orang melayu bahkan rakyat Malaysia mengetahui siapa beliau. P Ramlee merupakan salah seorang Tokoh yang membawa nama melayu ke persada dunia seterusnya membuktikan Melayu Boleh dalam apa jua bidang.
P Ramlee merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dan merupakan hasil perkahwinan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim dengan Che Mah Hussein. Ayah beliau merupakan anak kelahiran Acheh manakala Ibu beliau ialah anak jati Pulau Pinang.
Kerjaya seni beliau bermula apabila menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore.Pada tahun 1947, beliau berjaya menjuari pertandingan nyayian anjuran Radio Pulau Pinang.
Chinta yang ditayangkan pada tahun 1948 merupakan filem pertama yang dibintangi oleh P Ramlee. Peranan beliau dalam filem itu ialah sebagai seorang penjahat dan penyanyi latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan.
Antara filem lakonan P Ramlee yang popular ialah:
Do Re Mi
Laksamana Do Re Mi
Nasib Do Re Mi
Seniman Bujang Lapok
Ali Baba Bujang Lapok
Bujang Lapok
Pendekar Bujang Lapok
Labu Labi
Sepanjang kerjayanya sebagai anak seni,beliau memperoleh pelbagai anugerah dalam pelbagai peringkat.Antara nya ialah:
Skor Muzik Terbaik-Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong"Laksamana Do Re Mi" yang di tayangkan pada tahun 1972 dan lagu dan lirik "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 merupakan karya beliau yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
Pelakon Lelaki Terbaik-Festival Filem Asia ke-4 Tokyo
Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik"-Festival Filem Asia ke-4 Tokyo
Fotografi Hitam dan Putih Terbaik-Festival Filem Asia ke-10 Tokyo
"Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku-Festival Filem Dunia Paris
Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Monday, April 20, 2009
Apa Kata Mereka
Posted by
olskool3191
5:37 PM
Hari ini merupakan hari yang ke-5 saya melancarkan blog Melayu Boleh ini untuk tantapan umum.Pelbagai komen yang saya terima daripada para pelawat dengan kewujudan blog ini dan penganjuran Cabaran Seo-Melayu Boleh.
Ini adalah antara komen-komen mereka yang postkan di dalam blog ini.
Stakim
Good info,maklumat yang mcm nie la kita nk apabila type keyword Melayu Boleh dlm Google
blog mcm nie la yg bgus dprd kuar blog yg xsenonoh tu.
Ahfizfazi
sampai sekarang aku takut dan risau bila nak taip perkataan melayu kat search engine especially kalu kat cyber cafe. dulu masa naif dulu aku selalu terkena. bila bukak je link kebanyakan web, mesti kuar popup yg bukan2.. org seblah pandang slack je kat aku.. hampeh
anyway aku sokong perjuangan ko yg baik tu
Aina
teruskan perjuangan mu wahai kawanku
bersihkan nama bangsa Melayu kita
good luck
Sciencegto
Blog yang cantik..harap dapat menundukkan laman web tak senonoh kesemuanya ye..
kairole
permulaan yg baik, hehe.camni la baru dikatakan melayu yang betul berkebolehan hehee
Untuk melihat semua komen yang dipostkan sila klik sini
Itu adalah antara komen yang saya terima daripada blog Melayu Boleh.Saya harap komen itu adalah luahan yang ikhlas daripada korang semua..Anyway thank for all yg support saya untuk Cabaran Seo-Melayu Boleh ini.
Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Sunday, April 19, 2009
Melayu Boleh Juga di Angkasa
Posted by
olskool3191
4:57 PM
Kejayaan yang bangsa Melayu kita catatkan bukan sahaja di atas muka bumi bertuah ini sahaja,tetapi sehingga ke angkasa yang terbentang luas nun di sana.
Tanggal 10 oktober 2007,pukul 9.23 malam(waktu tempatan) Dr. Sheikh Muszaphar telah mencatat nama beliau sebagai angkasawan Malaysia pertama dan secara automatiknya menjadi anak Melayu pertama ke angkasa lepas.Kapal angkasa Soyuz yang berlepas di Baikonur Cosmodrome,Kazakhstan telah menjadi saksi bahawa Melayu Boleh walaupun di mana mereka berada.
Di sini serba sedikit diselitkan biodata ringkas Dr. Sheikh Muszaphar
Dr. Sheikh Muszaphar bersama 2 lagi krew Soyuz berlepas dari Cosmodrome,Kazakhstan ke ISS pada pukul 9.23 malam waktu tempatan.Krew-krew tersebut ialah Yuri Malenchenko, flight engineer and Soyuz commander; astronaut Peggy Whitson.
Nama Penuh:Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustaph
Tarikh Lahir:27 Julai 1972
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Pengalaman Kerjaya:Doktor Perubatan di HUKM,Hospital Selayang,Hospital Kuala Lumpur,Hospital Seremban
Kelulusan:SPM-MRSM Muar,MBBS in KMC Manipal, India,Master in Orthopaedic Surgery in HUKM
Dr. Sheikh Muszaphar pulang ke tanah air selepas 9 hari tinggal di ISS sambil menjalankan pelbagai uji kaji yang berkaitan dengan sains dan teknologi..inilah kita katakan Melayu Boleh yang sebenar
Antara Uji Kaji yang dilakukan di angkasa:
- Sains Kehidupan
- Sains Fizikal
- Teknologi Makanan
- Perubatan Angkasa
Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Cabaran SEO Melayu Boleh
Posted by
olskool3191
3:31 PM
Cabaran SEO Melayu Boleh yang di anjurkan oleh JomBincang kali ini ialah bukan hanya semata-mata cabaran seo untuk memberikan hadiah kepada pesertanya,tetapi cabaran kali ini ialah satu usaha murni untuk membersihkan tanggapan masyarakat Malaysia terhadap keyword Melayu Boleh.
Cabaran ini yang di anjurkan oleh Jombincang mendapat sambutan ramai pihak terutamanya pakar-pakar SEO dari pelbagai laman web forum yang popular seperti JomBincang.com dan WangCyber.com . Diharap dengan penglibatan ramai pihak dalam cabaran ini dapat membersihkan keyword Melayu Boleh.
Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Saturday, April 18, 2009
Geng:Pengembaraan Bemula Buktikan Melayu Boleh dalam Bidang Animasi 3D
Posted by
olskool3191
5:41 PM
Les` Copaque,syarikat animasi milik anak melayu kita telah berjaya membuktikan bahawa industri animasi 3D Malaysia mampu menandingi negara-negara lain seperti Amerika Syarikat yang terkenal dengan Disney.
Sebelum itu mari kita mengenali serba sedikit latar belakang peneraju utama Les`Copaque Production ini.....
Nama penuh ialah Mohd Nizam Abd Bakar,berasal dari Melaka.Dia merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Filem dan Animasi,Universiti Multimedia.Antara petua kejayaan beliau ialah:Kejayaan Mohd Nizam dan Team Les`Copaque dalam menghasilkan filem animasi ini amat membanggakan seluruh rakyat malaysia dan inilah Melayu Boleh yang sebenarnya.Bermula dengan siri animasi Upin dan Ipin yang menjadi kegilaan bukan sahaja kanak-kanak malahan golongan dewasa juga,Les`Copaque tidak lagi menoleh kebelakang.Mereka terus berusaha gigih dan akhirnya berjaya menghasilkan filem Geng:Pengembaraan Bermula.
- Rajin belajar daripada pelbagai bidang
- Kene rajin mencuba dan berusaha
- Disiplin adalah penting
- Sentiasa bekerjasama ngan Team Work
Antara kejayaan-kejayaan Les`Copaque dalam membuktikan Melayu Boleh dalam industri animasi ialah:
President's Award
Malaysia Canada Business Council Business Excellence Awards 2008
Best of Media Entertainment Category - Merit Award
MSC Malaysia APICTA 2008
International Achievement Appreciation Award
Malam Penghargaan Industri Filem 2008
Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Azizul Hasni buktikan Melayu Boleh di Poland
Posted by
olskool3191
5:07 PM
Bumi Poland telah mencatat sejuta kenangan kepada kita,di sanalah anak melayu pertama berjaya membawa pulang pingat Perak dalam Kejohanan Berbasikal Dunia.Azizul Hasni,anak kelahiran Terengganu telah membuktikan Melayu Boleh walaupun berbadan kerdil namun semangat nya tinggi mengunung.
Azizul Hasni yang digelar The Pocket Rocket Man dalam kalangan pelumba basikal profesional dunia,telah berjaya mengalahkan beberapa nama besar semasa peringakat saringan.Inilah semangat Melayu Boleh yang ingin dibuktikan oleh The Pocket Rocket Man ini.
Pada saingan akhir,beliau hampir-hampir menewaskan jaguh basikal dunia Gregory Bauge dengan hanya ketinggalan setengah tayar sahaja.Namun itu sudah cukup membangakan apabila kejayaan anak Melayu Boleh ini mengukir nama di persada dunia telah berjaya mengangkat nama Malaysia sebagai salah satu kuasa besar dalam sukan berbasikal dunia.
Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Wednesday, April 15, 2009
Asal Usul Melayu-Teori Yunan
Posted by
olskool3191
3:50 PM
Sungai Mekong yang panjangnya melebihi 4180 km mengalir dari Tibet melalui daerah bersejarah Yunnan(dalam wilayah China) dan seterusnya memasuki sempadan Negara Myanmar,Thailand,Laos,Kemboja,Vietnam dan seterusnya bertemu dengan Laut China Selatan.Di sepanjang Sungai Mekong ini pakar-pakar Antropologi telah berjaya menemui jejak migrasi masyarakat Melayu Proto.Masyrakat ini merupakan masyarakat pelaut di mana pada masa 10,000 tahun dahulu,mereka belayar mengunkan perahu dari Yunnan ke Laut China Selatan dengan Sungai Mekong sebagai jalan utama mereka.Akhirnya mereka membina petempatan yang berbeza-beza di sepanjang Sungai Mekong.
Teori migrasi Yunnan
Teora Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong kuat oleh pakar sejawan dunia iaitu J.R Logen ,R.H Geldern, Slametmuljana J.H.C Kern, J.R Foster, dan Asmah Haji Omar . Melayu Proto ataupun lebih dikenali sebagai Melayu Asli merupakan masyarakat melayu yang pertama mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian terutamanya.Manakala masyarakat Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi.Melayu Deutro membina penempatan mereka di sepanjang pesisir pantai.
Semasa Migrasi berlaku,kedua-dua golongan ini berkahwin dengan masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa dan penduduk tempatan yang berasal daripada keturunan Australasia dan Negrito.
Bukti yang menyokong teori ini ialah:
- Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah.
- Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
- Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.
Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Melayu Boleh
Posted by
olskool3191
3:27 PM
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini dan pelawat yang sudi melawat blog ini.
Blog ini diwujudkan adalah untuk membersihkan keyword Melayu Boleh dalam google yang merujuk kepada perkara yang melangkaui batas-batas adat ketimuran kita.Apabila kita menaip keyword Melayu Boleh di dalam ejen carian google dengan tanpa segan silu terkeluarla result laman-laman web lucah.Jadi dengan wujudnya blog ini,saya berharap keyword Melayu Boleh akan membawa kita kepada kehebatan dan kejayaan bangsa Melayu yang akan dikenang sepanjang zaman....
Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Twitter Updates
Pejuang Melayu Boleh
Kategori
- animasi 3D (1)
- Apa Kata Mereka (1)
- asal usul (1)
- Cabaran Seo Melayu Boleh (1)
- hiburan (1)
- kehebatan melayu (4)
- melayu boleh (10)
- pengenalan (1)
- suka duka (2)
- Sukan (1)
- Tokoh (3)
Blogroll
Pengunjung
Penaja
Melayu Boleh
Rahsia Kebahagiaan Sebenar Suami Isteri Hanya Dengan Sensaoil & Ayuzip