Bila sebut sahaja P Ramlee,semua orang melayu bahkan rakyat Malaysia mengetahui siapa beliau. P Ramlee merupakan salah seorang Tokoh yang membawa nama melayu ke persada dunia seterusnya membuktikan Melayu Boleh dalam apa jua bidang.

P Ramlee merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dan merupakan hasil perkahwinan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim dengan Che Mah Hussein. Ayah beliau merupakan anak kelahiran Acheh manakala Ibu beliau ialah anak jati Pulau Pinang.

Kerjaya seni beliau bermula apabila menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore.Pada tahun 1947, beliau berjaya menjuari pertandingan nyayian anjuran Radio Pulau Pinang.

Chinta yang ditayangkan pada tahun 1948 merupakan filem pertama yang dibintangi oleh P Ramlee. Peranan beliau dalam filem itu ialah sebagai seorang penjahat dan penyanyi latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan.

Antara filem lakonan P Ramlee yang popular ialah:

Do Re Mi
Laksamana Do Re Mi
Nasib Do Re Mi
Seniman Bujang Lapok
Ali Baba Bujang Lapok
Bujang Lapok
Pendekar Bujang Lapok
Labu Labi

Sepanjang kerjayanya sebagai anak seni,beliau memperoleh pelbagai anugerah dalam pelbagai peringkat.Antara nya ialah:

Skor Muzik Terbaik-Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong
Pelakon Lelaki Terbaik-Festival Filem Asia ke-4 Tokyo
Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik"-Festival Filem Asia ke-4 Tokyo
Fotografi Hitam dan Putih Terbaik-Festival Filem Asia ke-10 Tokyo
"Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku-Festival Filem Dunia Paris
"Laksamana Do Re Mi" yang di tayangkan pada tahun 1972 dan lagu dan lirik "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 merupakan karya beliau yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.


Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Melayu Boleh's Facebook profile