Kejayaan yang bangsa Melayu kita catatkan bukan sahaja di atas muka bumi bertuah ini sahaja,tetapi sehingga ke angkasa yang terbentang luas nun di sana.

Tanggal 10 oktober 2007,pukul 9.23 malam(waktu tempatan) Dr. Sheikh Muszaphar telah mencatat nama beliau sebagai angkasawan Malaysia pertama dan secara automatiknya menjadi anak Melayu pertama ke angkasa lepas.Kapal angkasa Soyuz yang berlepas di Baikonur Cosmodrome,Kazakhstan telah menjadi saksi bahawa Melayu Boleh walaupun di mana mereka berada.

Di sini serba sedikit diselitkan biodata ringkas Dr. Sheikh Muszaphar


Nama Penuh:Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustaph
Tarikh Lahir:27 Julai 1972
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Pengalaman Kerjaya:Doktor Perubatan di HUKM,Hospital Selayang,Hospital Kuala Lumpur,Hospital Seremban
Kelulusan:SPM-MRSM Muar,MBBS in KMC Manipal, India,Master in Orthopaedic Surgery in HUKM

Dr. Sheikh Muszaphar bersama 2 lagi krew Soyuz berlepas dari Cosmodrome,Kazakhstan ke ISS pada pukul 9.23 malam waktu tempatan.Krew-krew tersebut ialah Yuri Malenchenko, flight engineer and Soyuz commander; astronaut Peggy Whitson.

Dr. Sheikh Muszaphar pulang ke tanah air selepas 9 hari tinggal di ISS sambil menjalankan pelbagai uji kaji yang berkaitan dengan sains dan teknologi..inilah kita katakan Melayu Boleh yang sebenar

Antara Uji Kaji yang dilakukan di angkasa:

  1. Sains Kehidupan
  2. Sains Fizikal
  3. Teknologi Makanan
  4. Perubatan Angkasa


Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Melayu Boleh's Facebook profile