Sungai Mekong yang panjangnya melebihi 4180 km mengalir dari Tibet melalui daerah bersejarah Yunnan(dalam wilayah China) dan seterusnya memasuki sempadan Negara Myanmar,Thailand,Laos,Kemboja,Vietnam dan seterusnya bertemu dengan Laut China Selatan.Di sepanjang Sungai Mekong ini pakar-pakar Antropologi telah berjaya menemui jejak migrasi masyarakat Melayu Proto.Masyrakat ini merupakan masyarakat pelaut di mana pada masa 10,000 tahun dahulu,mereka belayar mengunkan perahu dari Yunnan ke Laut China Selatan dengan Sungai Mekong sebagai jalan utama mereka.Akhirnya mereka membina petempatan yang berbeza-beza di sepanjang Sungai Mekong.
Teori migrasi Yunnan
Teora Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong kuat oleh pakar sejawan dunia iaitu J.R Logen ,R.H Geldern, Slametmuljana J.H.C Kern, J.R Foster, dan Asmah Haji Omar . Melayu Proto ataupun lebih dikenali sebagai Melayu Asli merupakan masyarakat melayu yang pertama mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian terutamanya.Manakala masyarakat Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi.Melayu Deutro membina penempatan mereka di sepanjang pesisir pantai.
Semasa Migrasi berlaku,kedua-dua golongan ini berkahwin dengan masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa dan penduduk tempatan yang berasal daripada keturunan Australasia dan Negrito.
Bukti yang menyokong teori ini ialah:
- Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah.
- Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
- Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.
Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Ini rupanya asal usul bangsa kita
tp saya rasa
asal usul bangsa Melayu ada dua teori
tp xingat la teori satu lg tu:D
anyway goodluck dengan usaha murni ko