Les` Copaque,syarikat animasi milik anak melayu kita telah berjaya membuktikan bahawa industri animasi 3D Malaysia mampu menandingi negara-negara lain seperti Amerika Syarikat yang terkenal dengan Disney.

Sebelum itu mari kita mengenali serba sedikit latar belakang peneraju utama Les`Copaque Production ini.....

Nama penuh ialah Mohd Nizam Abd Bakar,berasal dari Melaka.Dia merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Filem dan Animasi,Universiti Multimedia.Antara petua kejayaan beliau ialah:
  1. Rajin belajar daripada pelbagai bidang
  2. Kene rajin mencuba dan berusaha
  3. Disiplin adalah penting
  4. Sentiasa bekerjasama ngan Team Work
Kejayaan Mohd Nizam dan Team Les`Copaque dalam menghasilkan filem animasi ini amat membanggakan seluruh rakyat malaysia dan inilah Melayu Boleh yang sebenarnya.Bermula dengan siri animasi Upin dan Ipin yang menjadi kegilaan bukan sahaja kanak-kanak malahan golongan dewasa juga,Les`Copaque tidak lagi menoleh kebelakang.Mereka terus berusaha gigih dan akhirnya berjaya menghasilkan filem Geng:Pengembaraan Bermula.

Antara kejayaan-kejayaan Les`Copaque dalam membuktikan Melayu Boleh dalam industri animasi ialah:

President's Award
Malaysia Canada Business Council Business Excellence Awards 2008

Best of Media Entertainment Category - Merit Award
MSC Malaysia APICTA 2008

International Achievement Appreciation Award
Malam Penghargaan Industri Filem 2008


Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Melayu Boleh's Facebook profile