Bumi Poland telah mencatat sejuta kenangan kepada kita,di sanalah anak melayu pertama berjaya membawa pulang pingat Perak dalam Kejohanan Berbasikal Dunia.Azizul Hasni,anak kelahiran Terengganu telah membuktikan Melayu Boleh walaupun berbadan kerdil namun semangat nya tinggi mengunung.

Azizul Hasni yang digelar The Pocket Rocket Man dalam kalangan pelumba basikal profesional dunia,telah berjaya mengalahkan beberapa nama besar semasa peringakat saringan.Inilah semangat Melayu Boleh yang ingin dibuktikan oleh The Pocket Rocket Man ini.

Pada saingan akhir,beliau hampir-hampir menewaskan jaguh basikal dunia Gregory Bauge dengan hanya ketinggalan setengah tayar sahaja.Namun itu sudah cukup membangakan apabila kejayaan anak Melayu Boleh ini mengukir nama di persada dunia telah berjaya mengangkat nama Malaysia sebagai salah satu kuasa besar dalam sukan berbasikal dunia.

Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Melayu Boleh's Facebook profile