Album Kenangan Melayu Boleh
Showing posts with label suka duka. Show all posts
Showing posts with label suka duka. Show all posts

Saturday, April 18, 2009

Les` Copaque,syarikat animasi milik anak melayu kita telah berjaya membuktikan bahawa industri animasi 3D Malaysia mampu menandingi negara-negara lain seperti Amerika Syarikat yang terkenal dengan Disney.

Sebelum itu mari kita mengenali serba sedikit latar belakang peneraju utama Les`Copaque Production ini.....

Nama penuh ialah Mohd Nizam Abd Bakar,berasal dari Melaka.Dia merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Filem dan Animasi,Universiti Multimedia.Antara petua kejayaan beliau ialah:
  1. Rajin belajar daripada pelbagai bidang
  2. Kene rajin mencuba dan berusaha
  3. Disiplin adalah penting
  4. Sentiasa bekerjasama ngan Team Work
Kejayaan Mohd Nizam dan Team Les`Copaque dalam menghasilkan filem animasi ini amat membanggakan seluruh rakyat malaysia dan inilah Melayu Boleh yang sebenarnya.Bermula dengan siri animasi Upin dan Ipin yang menjadi kegilaan bukan sahaja kanak-kanak malahan golongan dewasa juga,Les`Copaque tidak lagi menoleh kebelakang.Mereka terus berusaha gigih dan akhirnya berjaya menghasilkan filem Geng:Pengembaraan Bermula.

Antara kejayaan-kejayaan Les`Copaque dalam membuktikan Melayu Boleh dalam industri animasi ialah:

President's Award
Malaysia Canada Business Council Business Excellence Awards 2008

Best of Media Entertainment Category - Merit Award
MSC Malaysia APICTA 2008

International Achievement Appreciation Award
Malam Penghargaan Industri Filem 2008


Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Melayu Boleh's Facebook profile

Wednesday, April 15, 2009

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini dan pelawat yang sudi melawat blog ini.

Blog ini diwujudkan adalah untuk membersihkan keyword Melayu Boleh dalam google yang merujuk kepada perkara yang melangkaui batas-batas adat ketimuran kita.Apabila kita menaip keyword Melayu Boleh di dalam ejen carian google dengan tanpa segan silu terkeluarla result laman-laman web lucah.Jadi dengan wujudnya blog ini,saya berharap keyword Melayu Boleh akan membawa kita kepada kehebatan dan kejayaan bangsa Melayu yang akan dikenang sepanjang zaman....

Melayu Boleh's Profile | Create Your Badge
Melayu Boleh's Facebook profile